Monday 2 March 2020

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng


Day 3 : 09/02/2020

:: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida
:: Pop Hotel Kuta
:: Shopping Street Kuta-Legian
:: Beachwalk Mall
:: Hard Rock Cafe

Sedap lena semalaman sebab keletihan, bunyi alarm pun sedar x sedar jer hihihi.. terlajak dari jadual sikit.. patutnya 630pagi dah nak ajak keluar tapi 630pagi baru kami bangun opssss!!!!
Menjengah keluar jendela, ohhhh patutlah..hujannn.. alamakkkkk!!! macam mana nak ke Rumah Pohon ni? aduhhh.. aku dah gelisah, sbb jarak perjalanan nk ke rumah pohon jauh..and kami nak balik bersiap then baru nk check-out.. then mengomel2 aku kt si suami, alhamdulillah petang semalam dapat selesaikan all the beaches dulu..kalau harap hari ni, mmg telan air liur jelah jawapnya.. huhu..

7.30 pagi - sarapan di penginapan, request nak makan apa choices yg ada.. Nasi goreng @ Banana Pancake @ Toast bread with omelette (pancake dia tebal lah pulak..telan ajelah dah lapar n free hihi)
(sambil menunggu hujan reda)

8.30 pagi - 9.40 pagi - Berscooter kami ke Rumah Pohon Melonteng
  • kali ni kami dedua pakai sweater sebab sejuk hujan and sebab dah cuak takot panas membakar macam semalam.
  • serius jarak mmg jauh so kena rancang itinerary dengan baik yer.. ni pun kami pegi jugak walaupun masa terhad sbb rasa ruginya dah sampai Nusa Penida yg challenging ni tapi terlepas hotspot paling win untuk bergambar.
  • kalau keluar dari Visual Inn di jalan besar, ambil arah bertentangan dengan jalan nak ke Kelingking Beach tu..so ambil arah ke kanan pula..semalam ke Kelingking arah kiri..
  • 1/3 perjalanan awal masih byk kawasan pekan-pekan kecil, resort-resort persendirian dan tempat isi minyak. So jgn biar tank minyak hujung-hujung nyawa baru nak isi petrol yer.. tepi-tepi jalan ada orang jual minyak dalam botol mineral. 1 liter = IDR10,000 

                                 
Bila dah sampai di kawasan ni, anda sudah 2/3 perjalanan ke Rumah Pohon.
kat sini la tempat untuk turun ke Rumah Pohon
perlu turun tangga yang tebal-tebal ni untuk ke Rumah Pohon. Walaupun tak jauh sangat, tapi cabarannya tetap ada hihi

view sekitarnya

:: RUMAH POHON MELONTENG

Fee entrance = IDR5,000 per scooter ( RM1.50 ) 
Fee bergambar = IDR50,000 pp per 3minit (RM15)

  • kami sampai paling awal sekali walaupun dah lewat sebab tak suka nak berebut-rebut ambil gambar dan agak mengejar masa.
  • akan ada sorang lelaki yang jaga kawasan ni, dialah yg ambil fee dan dialah juga yang tukang ambil gambar.
  • port ni mmg dah cantik kot side mana pun so tak kisahlah pakcik tu ambil gambar kot celah mana pun tetap helokkkk... kita fikir cara nak post jer..dia akan snap trettt trett..belambak gambar untuk kita walaupun kita xdan ready pun haha...biar byk kit leh pilih nannti mana yang elok kan? so ok  jer..
  • then lepas kami bergambar dah start nampak orang mula datang dan que untuk bergambar selepas kami..hihi..
  • selepas puas hati bergambar di sini, (yelah bayar mahal kot) kat atas ada lagi port yang cantik juga.. (tengok foto seterusnya k)


im so in love with the background view.. subhanallah


husband kata : yang penting view, kita hanya tumpang ja dalam picture ni..so tak perlu tayang muka hihi..

  • Gambar di bawah ni pun view nya awesome jugak..Subhanallah..subhanallah..subhanallah.. time kami sampai baru ada dalam 3 grup so masih berpeluang snap gambar santai-santai..
ni ambil gambar guna tangan, so leh angkat tinggi untuk nampak teluk-teluk tu..nice kan view dia..i love..

ni lak ambil gambar guna tripod yang dipacak atas tanah, so gambar dia mendatar sikit but still nice !!! datang bali kan, mestilah gambar sweet2 couple kena ada.. awwww..

xlarat dah pacak tripod, selfie lak ler.. sayang nak lepaskan view elok-elok ni..
kt belakang tu la location REumah Pohon nya.. ni dah turun nak balik..sempat lagi snap uhuks..

10.30 - 12.00 tghr - balik ke penginapan 
  • jam dah jam 1030pagi !!! patutnya dah kena gerak balik sebab perjalanan another 1 hour pulak!! tiba-tiba nampak awan gelap..ohhh no!!! then gerimis.. sedikit lega sebab dah selesai bergambar then dengan pantas kami terus daki naik untuk ke motor nak balik penginapan.
  • baru 5 minit perjalanan, hujan turun dengan lebatnya..huhuhu.. agak-agak??? inilah risiko naik motor yer.. kami basah lencun dari atas sampai bawah hahahaha...
  • risau pun ada sebab jalan berbukit-bukit dan berliku-liku, hujan lak mesti licin..so be carefull k kalau hadapi situasi yang sama. 
  • perjalanan balik kami agak lama sebab hujan, aku tak kasi husband bawa laju sangat sbb risau bad thing happen.
  • Jam 12 tepat kami sampai dan mohon jasa baik penginapan untuk checkout 1230 sbb dia nampak kami basah lencun.. 
12.30tghr - check-out / pulang scooter / jalan kaki ke harbour

ni ler pondok tiket boat Nusa Penida to Sanur and my baju hujan 

  • kami beli baju hujan di kedai runcit di Toya Pakeh (sehelai IDR 20,000 -RM6) sebab nak jalan kaki ke Harbour (dekat jer)
  • di hujung harbour ada satu pondok nampak orang ramai, situ tempat beli tiket boat under company Angel Billabong. Harga memang IDR150,000 seorang. 
  • Boat jam 1pm katanya so okayla..kejap jer tunggu boat dah sampai alhamdulillah..laut agak bergelora sebab hujan..

2.30 ptg - Tiba di Sanur Harbour
  • Sebab kami dah tahu jalan keluar, so laju ja kami jalan nak cari makan sebab lapar..
  • ada 1 kedai Chinese Food Halal ~ D'MAMI'S di deretan kedai-kedai yang ada. Tak banyak choice dan lapar punya pasal, kami makan disitu ja..tapi saya oder nasi goreng seafood. playsafe . husband i ambil ayam penyet.. harga dalam sepinggan +- IDR35,000 so oke jelahh..
Kedai makan di area Sanur Harbour
3.30 - 4.00 ptg - Naik Go-Car ke Pop Hotel Kuta
                           ( IDR 70,000 )

POP HOTEL! KUTA

  • jalan agak sesak sebab dah masuk area town
  • mulanya kata kt husband letih nak rehat sat, ptg sikit baru keluar tapi bila dah sampai bilik, rasa ada kekuatan pulak hahaha..
  • bersihkan diri, then ajak husband cari kedai dobi sebab pakaian kami byk basah
  • turun bawah, front desk offer sewa scooter IDR75,000 guna sampai checkout esoknya.. so kami ambilk jer untuk memudahkan pergerakan tapi kawasan pekan ni berselirrat juga kenderaannya..kena berani redah..
      *** KEDAI DOBI - takda mcm kt Malaysia yer, yg kita masuk coin tunggu n siap tu yer.. semua kedai dobi manual n walaupun ada kedai dobi guna mesin tapi tetap diorang yg basuhkan, lipat and masuk dalam plastik macam kedai dobi dulu2 tu..

makcik dah macam orang nak naik bulan kan? hahaha
  • kami cari kedai dobi area legian,6 minit naik motor sebenarnya byk kedai dobi / laundry tap better tanya berapa lama boleh siap sebab kebayakan makan masa 4 jam dan lebih.Kami nak cepat so kami minta dia dry kan jer so dalam masa sejam dia kata dah boleh siap.. harganya ikut timbang, kami punya dalam 7kg (berat sebab basah) so cas nya dalam IDR25,000. (lain kedai maybe lain harga yer)

  • pusing-pusing dengan scooter untuk tengok apa yang ada.
  • time dok search sebelum ni, nak ke Kuta Beach macam dekat jer tapi bila setting wae kenapa jadi sampai 20minit yer? rupa-rupanya sebab ONE-WAY road.
  • cuba try tengok map di bawah yer..
laluan one way yang menyebabkan perjalanan yang 3 minit jadi 20minit
     

  • Pop Hotel (merah) sebenarnya boleh tembus ke Kuta Beach ikut jalan belakang tu jer, jalan kaki pun boleh (tapi ada anjing sbb orang sana bela anjing) dan naik motor pun boleh ..serius 2 minit jer. hujung jalan tu ada farmasi guardian, paking ja motor tepi tu then jalan kaki lintas ke tepian pantai.
  • tapi .... korang takleh naik motor atau kereta ke Beachwalk Mall atau Hard Rock dari situ sebab ianya jalan one-way.. 
  • sebab tu kalau nak ke Hard Rock atau Beachwalk Mall kena melalui laluan kaler biru dalam maps tu dan memakan masa hampir 20minit.
  • kami terpaksa pusing hampir 3 kali dan aku hampir suruh husband cancel ke Beachwalk Mall sebab dah macam sesat dan pelik tak jumpa2 hahaha.. dah la keluar malam.. dah siang esoknya baru paham kenapa kami pusing jauh untuk ke mall tu.
  • Bila dah sampai Beachwalk Mall, kami decide jalan kaki jer lepas ni ke Hard Rock daripada kami nak pusing another 20minit naik motor tu..so kami jalan jer..



ni mall MATAHARI, kami singgah time kami sesat cari beachwalk mall tak jumpa hihi.. ada banyak souvenir tapi agak mahal

Image result for beachwalk shopping center bali
Ni ha rupa beachwalk mall yang nak sangat pergi tu.. besar and santai ruang-ruangnya.

ada ruang lepak santai kat atas, so snapkan gambar guna OPPO menyinari malammu ..hihi

ni hidangan makan malam di food court Beachwalk Mall. Kami habis total hampir IDR200,000 disini

SUP BONTOT (sup ekor sapi) 

  • nak makan kat food court ni, caranya kena beli kupon yang bernilai IDR200,000 (RM60) dan ada barcode kt kupon tu.. then korang pegi oder kat stall makanan yang korang nak makan, diorang akan scan bar code tu untuk tolak nilai harga makanan yg kita oder tu. Then pegi lak stall air ke apa ke yang lain..sampai habis duit kita dalam kupon tu..
  • jangan risau, bakinya boleh redeem balik on the spot.. dapat cash balik dengan syarat korang tunjuk balik kupon yang ada barcode tu kt cashier counter.
:: HARD ROCK CAFE
 Fee entrance = free

  • Jalan kaki dalam 10 minit dah sampai HRC, kami masuk Rock Shop dulu sebab nak beli t-shirt sebagai kenangan.
  • Selesai beli, kami masuk layan live band jap..sambil minum jus yer.. live band start at 10pm-12pm.. saja sesekali try, kejap jer layan live band sebab dah ngantuk.. jalan kaki ke tempat parking motor tadi then 3 mnit ja naik motor dah sampai hotel.. 

Tak sedar ni kena snap gambar sebab kalut nak masuk kedai .. hihi

inside the HRC

Lupa nama band yg perform ni.. maklumlah bukan kaki layan pun..saja jaaa...

pak incik bergambar..selalu dia yang ambilkan gambar jer..errr errr
diluar HRC


Day 5 : 10/02/2020
:: Street shopping kuta
:: Kuta Beach
:: Ngurah Rai International Airport

:: STREET SHOPPING
8.30 pagi - Shopping last kt tepi hotel jer.

ni memang lorong nak menghala ke Pop Hotel! Kuta kami beli baju beg kt sini ja last shopping
kedai massage tepi-tepi jalan dari hotel ke kuta beach..
           
  • penginapan tak kami tak include bfast, kami turun bawah, makan megi cup jer..taknak keluar cari kedai dah sebab nak pantasssss..
  • ada jiran oder bag rotan bali yg bulat tu so last pagi ni jer dapat beli, nasib kedai buka awal..rezeki dia kami beli tepi-tepi tu jer. Tak pegi jauh dah sebab dah tau harga sama and lebih kurang jer.. dapat grab baju souvenir Bali untuk anak-anak dengan harga IDR50,000 (RM15) sehelai. Ada kedai letak IDR 100,000 gak rata-ratanya.. pandai-pandai cari kedai yang boleh tawar yer.. kalau dah RM 15 sama macam baju kat Malaysia jugak.. so saya ambil jer.. tak banyak masa sebab nak kejar check-out lak japgi.


:: KUTA BEACH
10.00 pagi  - Kuta Beach

  • kami cuma snap gambar jer sekejap kat sini, nampak ramai mat salleh surfing kat sini.
  • nak jugak singgah walaupun kejap just nak bergambar tanda dah jejak kaki !!!
  • panas tu opcoz la yer.. sekejap ja di sini..pose-pose then singgah beli air sejuk terus balik hotel nak siap untuk check-out.


Kuta Beach
                       




1200 pm - Check-out 

  • Bergambar dulu depan hotelsementara menunggu go-car (gojek) 
  • kalau ikutkan distance dekat jer dengan airport tapi sebab kawasan town, kena consider jammed juga yer..
  • ohh ya.. duit kami cukup-cukup ja untuk nak bayar gocar.. ingat tau, konsep dia sama dgn grab, kalau ada tol or parking fee kita kena tambah duit.
  • so, manage well your money ok 
  • me n husband cash betul2 habish last bayar gocar, kat airport mmg crai tempat makan yg boleh bayar guna card ajer.. 
  • lega duit habis semua, tak larat nak simpan baki..alih-alih rugi bila tukar balik kt money changer  




  • Gambar di bawah adalah suasana jalan di bandar.
  • Cable elektrik tu masih better banyak la dari Hatyai



  • Suasana manusia yang menunggu ketibaan orang atau pelancong yang dinanti..
  • kami lalu di atas untuk ke bahagian international departure
  • masa kami ni, kaunter Citilink dan Air Asia jauh sikit, ada kat bahagian bawah (follow ja penunjuk arah atau bertanya pada orang)
  • manage your time ya..
  • oh ya!!!! dalam airport ni time dah masuk kr dalam utk depart rupanya ada Hard Rock Cafe (makan-minum) dan juga dan Hard Rock Shop (baju) dan baju-baju dia dont worry sama ja harga seperti di kedai ori dia di Kuta Beach tu.. dan lebih banyak lak nampak pilihan yang ada ..mmmm.. so sapa yang tak sempat singgah HRC Kuta, not to worry..boleh jer bali dalam airport.. masuk awal sikit la.. supaya dan lagi menyopping hihi.. (sory lupa snap gambar)



  • kami makan pizza kat salah satu restoran dlm airport..besar gabak pizza dia.. padahal konon nak lapik perut ja sbb tak sempat lunch tadi..kang dalm flight ada meal lagi dapat..
  • (bawah) bergambar di gerbang nak depart dah..nice lak kerawang-kerawang tu..


   
  • dalam flight depan seta kami ada baby mat salleh ni comelllll and syiok dia dok ajak my hsuband main agah-agah dgn dia.. tengok tu main cak-cak..
  • alhamdulillah kami tiba di KLIA jam 630 petang.
  • pengalaman yang sangat berbeza dan menyeronokkan dan juga mencabar!!!! hahaha.. but gambar-gambar dengan view yang awesome sangat berbaloi..
  • RM yang habis utk trip ni lebih kurang RM1000 sorang
  • > RM640 - flight (2pax)
  • > RM230 - hotel (3 hotel berbeza utk 3 mlm)
  • > RM 900 (3juta rupiah) - duit belanja di tangan include makan, transport dan souvenir
  • sebenarnya duit di tangan bergantung pada expenses masing-masing.. 
  • kami bkn jenis shopping sangat.. xda beli souvenir banyak2 untuk semua rukun tetangga pun..just untuk anak2 n kenangan diri sendiri ja.. 
  • makan pun kami makan kedai murah-murah tepi jalan jer, kami tak masuk restoran mahal-mahal..
  • sesiapa yg pegi dengan supir, biasa supir akan bawa ke kedai makan yang mahal-mahal atau yg sedara mara depa na.. harga pun boleh habis RM100 duit kita untuk just lunch na..so..tepuk dada tanya selera yer...

~ t a m a t ~




No comments:

Post a Comment

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...