Monday 24 December 2018

Lari

~Lari~

Hati meronta
Hati berkocak
Sudah lama rasa ingin lari jauh....
Jauh dari semua yang ada
Jauh dari segala kesibukan
Jauh dari segala yang menyerabutkan

Aku sedar tanggungjawabku besar
Tak tergalas bahu yang ada
Tapi aku juga punya rasa penat
Aku juga punya hati yang kecewa
Allah berikan sedikit kesenangan padaku untuk membantu
Aku bantu dangan  kudrat dan segala yg ku ada

Tapi...😞
Keadaan tak pernah berubah
Malah makin parah
Ya Allah berikan aku kekuatan
Agar aku masih bersopan
Agar aku masih bertahan
😢😢😢😢

Sesungguhnya hanya Mu faham
Hanya Mu jua yg mengaturkan segala
Pelbagai cara tak berkesan
Hanya mampu bertongkatkan doa
Kupohon agar kau bukakan pintu rezeki dan hidayah
Agar kehidupan kami berubah
Mendapat redho dan berkah

Sunday 16 December 2018

Bercuti ke Hatyai 2018 ~ part 1


HATYAI, THAILAND
14-15 Disember 2018

Percutian singkat kali ni kami pilih Hatyai, Thailand. Sebenarnya ini kali ke-3 saya ke Hatyai. Kali ni saya bersama-sama dengan rakan-rakan koperasi saya untuk trip tahunan kami. Kebanyakannya beriya nak ke Hatyai sebab belum pernah jejak kaki ke sana, ok sebab saya pernah dah masuk, saya lah lead rombongan ni kali ni.

Kami seramai 5 keluarga, 5 biji kereta yang masuk ke siam so walaupun tentatif saya padatkan tapi kami akan leisure-leisure jer sebab ada yang bawa mak ayah dan ada yang bawa anak kecil.

HARI PERTAMA ~ JUMAAT 14/12/18
Seawal 530 pagi kami bertolak dari Bertam ke RNR Gurun.
6.00 pagi kami 5 family janji jumpa utk solat subuh dan sarapan lapik perut. Serius mmg sangat ramai orang di surau. Kami tak berlengah lagi sebab risau beratur panjang di borde, selesai semua kami gerak terus..
730 pagi kami berhenti di CENDOL PULUT HJ JOHARI (search nama ni di waze) bukan nak makan cendol ya !!! nak siapkan dokumen-dokumen berkaitan kenderaan untuk masuk ke siam.

Apa nak buat ??? 

- Borang TM2 TM3 (2set) - RM5 (printed)
..borang ni kami dah ada salinan kosong dan dah isi siap-siap so jimat RM5 tapi harga tak sama 
bergantung tempat yang korang buat, kat sini kawan yang selalu masuk siam suggest sebab dapat harga insuran murah utk MPV

- Insurans kereta - RM15
.. sediakan salinan geran kereta & passport
.. harga diantara RM15-RM25 (kalau ikutkan kenderaan MPV RM25)

- White card - RM2 per piece (printed)
  .. senang xyah susah payah nak tulis utk family ramai. Kalau ikutkan whitecard ni dapat free ja kalau ambil kt pejabat imigeren Thailand time nak beratur cop passport tu. Tapi sebab nak mudah dan nak cepat dan malas tulis banyak utk ramai family kami bayar jer.
.. harga whitecard ni juga berbeza ikut kedai - biasanya RM1-RM2 ja sekeping






Selesai semua dokumen jalan terus ja follow arus kenderaan sampailah ke imigeren Malaysia, sebelum sampai kaunter akan melalui checkpoint yg pegawai polis dia akan nak tengok dalam kereta. Kalau muka-muka beriman ja selalunya lepas gitu jer ..hikhik



> 1st - Sempadan Malaysia
8.00 pagi malaysia kami dah start beratur di border, kenderaan mmg byk tapi rasanya masih tak terlalu byk sebab agaknya belum waktu puncak kot.
Kaunter border Malaysia - cop/scan pasport jer tak payah semua penumpang turun


>2nd - Sempadan Thailand
Melepasi Malaysia, terus beratur dalam kenderaan masing-masing untuk melepasi sempadan Thai pulak. Nampak tak bangunan putih bumbung tinggi tu? haaa situlah tempatnya..
Apa nak bagi kat sini? ok kat sini standby 
- Borang TM2/TM3 kedua-dua nya utk dicop. Tapi diorang akan ambil 1 salinan, 1 lagi salinan simpan untuk time nak keluar dari Thailand nanti kena bagi yer. 
- Passport dan whitecard- setiap seorang kena turun untuk mengadap kamera dia di kaunter walaupun baby yer.
.. dulu semua stay dalam kereta ja, bila sampai kaunter turun semua untuk scan dan cop passport tapi kali ni pegawai dia mai ke setiap kereta suruh driver ja stay dalam kenderaan ke kaunter, penumpang semua turun beratur di kaunter 12,13 untuk scan dan cop passport.



 >3rd - Custom Declaration Counter
Selesai cop pasport, park jap kereta depan bangunan kastam Thailand. Bawa dokumen berikut:
- salinan geran kenderaan
- passport (pemilik kenderaan)
- insurans kenderaan
Disini sangat penting, berkali-kali saya ingatkan kawan-kawan agar simpan satu borang kastam siam ni jgn hilangkan untuk diserahkan time balik. Pihak Thailand juga dah bagi reminder dalam papan tanda dan di cop dalam borang agar serahkan ketika keluar nanti.. kalau tak, nak masuk balik nanti-nanti kemudian hari diorang boleh detect kita tak hantar borang dan akan kena bayar denda dulu baru leh masuk Thailand.
baca papan tanda hijau ni.. boleh kena denda sampai RM1000 naaaa..
Selesai ja urusan kastam ni, u all dah dgn selesanya boleh menjelajah Thailand. Kalau ikut laluan lama terus dari kaunter kastam tu, akan melalui deretan kedai-kedai sepanjang pekan di border tu, kat situ jugak orang amek van siam ke Hatyai, tak salah saya lebih kurang RM18-25 seorang kalau sanggup tunggu van penuh. Kalau tak sanggup tunggu van penuh pun dia boleh jalan tapi dia charge harga sebiji van.

Kat tepi-tepi ni kalau nak tukar duit baht masih boleh lagi. JGN TUKAR DI SONGKHLA, MAHAL!!! better tukar di sini atau di Hatyai maybe masih ok. Beza sikit ja dengan Malaysia. Contohnya :
 > Tukar di Kapitan Keling, Gtown 1000BHT = RM128.70 ; kadar 7.77
 > Tukar di Sunway Carnival Mall, Sbrg Jaya = 1000BHT = RM129.00 ; kadar 7.75
 > Tukar di Sadao/Dannok 1000BHT = RM129 ; kadar 7.75
 > Tukar di Songkhla 1000BHT = RM133.30 ; kadar 7.5


Gerbang laluan ke Songkhla
Kalau lalu terus melaui gerbang ni, akan masuk ke laluan macam highway lama ke Songkhla kot.. tak melalui deretan kedai di border tu. Kena turn ke kanan lalu laluan-laluan rumah kedai untuk tembus ke jalan depan sebelah sana.. errr... paham ke? nak explain camna tah .. hihi.. kalau terus jalan ni ntah sampai ke mana hujungnya, sebab saya turn kanan utk tukar duit BHT di Kedai Orange so kena patah balik laaa...

Destinasi 1st : Panda Park / Loves Park 

Panda Park ni dekat ja dari border Sadao, dalam 5km ja rasanya.. masuk simpang kiri laluan terus nk ke Hatyai tu, simpang tu ada tugu Dinasour. Kalau tak salah, ada sekali dengan Dinosour Park cuma kami hanya berhenti bergambar di Panda Park aje. Sekejap ja disini sebab nak kejar lunch di Salma Tomyam Hatyai. 

Tips : search waze Panda Park 


 

Destinasi ke-2 : Salma Restaurant / Hamid Restaurant / Kai Tod Deycha
Berkejar nak makan di Salma tapi huhu.. penuh baq hang !!!!! sampai queue kat luar, yang kt meja pun ada yang belum dapat makanan. Jam dah pukul hamper 3 petang. Tak sampai hati tengok anak-anak tahan lapar, saya suggestkan makan di seberang jalan sana jer di Hamid Restaurant. err.. saya pernah dah makan kat Hamid ni before ni, saya tau mahal sikit.. dan mungkin tak sesedap Salma tapi menunggu di Salma Nampak gaya macam lambat jer dan japgi kami nak gerak ke Floating Market yang nak gi makan juga. So semua masuk Hamid Restaurant oder ikut tekak masing-masing. Ya, tomyam dia kurengggg sikit ras dan cair tak boleh lawan Salma punya tomyam. Tapi takpe, nanti dating lain lah time orang tak ramai sangat baru puas sikit nak makan ke apa ke kan..

Kami makan 5 family total BHT4800 lebih kurang RM600 duit kita. Mahal kan? ya memang mahallll uwaaaaa… tapi takpelah dah tahu and dah standby dah. 

Image result for hamid restaurant hatyai
HAMID RESTAURANT HATYAI

Destinasi ke-3 : Khlong Hae Floating Market

KHLONG HAE FLOATING MARKET 
Jarak perjalanan ke Floating Market lebih kurang 20 minit. Kami ambil tuk tuk ke sana sebab nanti nk patah balik untuk jalan-jalan depan ni jugak di Lee Garden Night Market. Taknak ubah parking kereta dah, so kami semua decide bayarrrr jer untuk naik tuktuk. Hasil negotiate yang susah juga dia nk kurangkan, sampai 3 orang wakil kami hantar nego hahaha.. asalnya dia minta 700baht dari depan Salma > Floating Market > Salma , kami minta kurang punya susah, then kami nego minta dgn harga BHT700 tu bawaa kami dari Salma > Floating Market > Asean Night Bazaar > Salma berkerut-kerut dia taknak bagi. Then aku cakap nak cari tuk tuk lain baru dia kata 'ok-ok' walaupun rasa mahal tapi kami naik tuktuk tu 1 tuktuk dlm 10 orang dan diorang tunggu sampai habis berjam-jam.
Ramainya rakyat Malaysia yang dating makan di Floating Market sampai berhimpit-himpit nak membeli. Kali ni tak puas makan di Floating Market sebab terlalu ramai orang sampaikan nak tengok sampan jual apa pun jenuh bersesak-sesak. Nanti lah datang lain time orang tak ramai sangat. Sempat rasa MIX VEGIE'~KERABU MAGGIE a must try menu here !!! POTATO SPRING pun sedap!!!
Destinasi ke-4 : Asean Night Bazaar

Kami seterusnya naik tuk tuk yang sama ke Asean Night Bazaar untuk membeli belah dan makan. Asean Night Bazaar ni dua tingkat, tingkat bawah jual pelbagai barang dan tingkat atas hanya jual makanan. Ya Allah...ramai juga kat sini uwaaaa… berhimpit-himpit nak beli makan, tempat duduk memang full so... memang tapau ja sebab nanti balik bilik mesti lapar. 

Destinasi ke-5 : Lee Garden Night Market
Destinasi terakhir untuk malam ni pasar malam Lee Garden. saya just tunjuk laluan mana untuk kawan-kawan tapi saya and husband pilih untuk gi massage di kedai-kedai depan Lee Garden Mall. kami laki bini pilih untuk body massage dgn harga BHT200 jer sejam. Sekali dia lipat daaaa.. tp sedap ja dia massage tu, kami mintak pmpuan urut pmpuan, laki urut laki laaa.. cari nahas kalau hubby aku minta tukang urut awek siam!!! hihi
Habis ja kawan-kawan shopping, semua pakat gerak balik penginapan masing-masing. waiting for next excitement tomorrow yeayyy..





to be continue.. nnt i sambung update yer..

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...