Monday 2 March 2020

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng


Day 3 : 09/02/2020

:: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida
:: Pop Hotel Kuta
:: Shopping Street Kuta-Legian
:: Beachwalk Mall
:: Hard Rock Cafe

Sedap lena semalaman sebab keletihan, bunyi alarm pun sedar x sedar jer hihihi.. terlajak dari jadual sikit.. patutnya 630pagi dah nak ajak keluar tapi 630pagi baru kami bangun opssss!!!!
Menjengah keluar jendela, ohhhh patutlah..hujannn.. alamakkkkk!!! macam mana nak ke Rumah Pohon ni? aduhhh.. aku dah gelisah, sbb jarak perjalanan nk ke rumah pohon jauh..and kami nak balik bersiap then baru nk check-out.. then mengomel2 aku kt si suami, alhamdulillah petang semalam dapat selesaikan all the beaches dulu..kalau harap hari ni, mmg telan air liur jelah jawapnya.. huhu..

7.30 pagi - sarapan di penginapan, request nak makan apa choices yg ada.. Nasi goreng @ Banana Pancake @ Toast bread with omelette (pancake dia tebal lah pulak..telan ajelah dah lapar n free hihi)
(sambil menunggu hujan reda)

8.30 pagi - 9.40 pagi - Berscooter kami ke Rumah Pohon Melonteng
  • kali ni kami dedua pakai sweater sebab sejuk hujan and sebab dah cuak takot panas membakar macam semalam.
  • serius jarak mmg jauh so kena rancang itinerary dengan baik yer.. ni pun kami pegi jugak walaupun masa terhad sbb rasa ruginya dah sampai Nusa Penida yg challenging ni tapi terlepas hotspot paling win untuk bergambar.
  • kalau keluar dari Visual Inn di jalan besar, ambil arah bertentangan dengan jalan nak ke Kelingking Beach tu..so ambil arah ke kanan pula..semalam ke Kelingking arah kiri..
  • 1/3 perjalanan awal masih byk kawasan pekan-pekan kecil, resort-resort persendirian dan tempat isi minyak. So jgn biar tank minyak hujung-hujung nyawa baru nak isi petrol yer.. tepi-tepi jalan ada orang jual minyak dalam botol mineral. 1 liter = IDR10,000 

                                 
Bila dah sampai di kawasan ni, anda sudah 2/3 perjalanan ke Rumah Pohon.
kat sini la tempat untuk turun ke Rumah Pohon
perlu turun tangga yang tebal-tebal ni untuk ke Rumah Pohon. Walaupun tak jauh sangat, tapi cabarannya tetap ada hihi

view sekitarnya

:: RUMAH POHON MELONTENG

Fee entrance = IDR5,000 per scooter ( RM1.50 ) 
Fee bergambar = IDR50,000 pp per 3minit (RM15)

  • kami sampai paling awal sekali walaupun dah lewat sebab tak suka nak berebut-rebut ambil gambar dan agak mengejar masa.
  • akan ada sorang lelaki yang jaga kawasan ni, dialah yg ambil fee dan dialah juga yang tukang ambil gambar.
  • port ni mmg dah cantik kot side mana pun so tak kisahlah pakcik tu ambil gambar kot celah mana pun tetap helokkkk... kita fikir cara nak post jer..dia akan snap trettt trett..belambak gambar untuk kita walaupun kita xdan ready pun haha...biar byk kit leh pilih nannti mana yang elok kan? so ok  jer..
  • then lepas kami bergambar dah start nampak orang mula datang dan que untuk bergambar selepas kami..hihi..
  • selepas puas hati bergambar di sini, (yelah bayar mahal kot) kat atas ada lagi port yang cantik juga.. (tengok foto seterusnya k)


im so in love with the background view.. subhanallah


husband kata : yang penting view, kita hanya tumpang ja dalam picture ni..so tak perlu tayang muka hihi..

  • Gambar di bawah ni pun view nya awesome jugak..Subhanallah..subhanallah..subhanallah.. time kami sampai baru ada dalam 3 grup so masih berpeluang snap gambar santai-santai..
ni ambil gambar guna tangan, so leh angkat tinggi untuk nampak teluk-teluk tu..nice kan view dia..i love..

ni lak ambil gambar guna tripod yang dipacak atas tanah, so gambar dia mendatar sikit but still nice !!! datang bali kan, mestilah gambar sweet2 couple kena ada.. awwww..

xlarat dah pacak tripod, selfie lak ler.. sayang nak lepaskan view elok-elok ni..
kt belakang tu la location REumah Pohon nya.. ni dah turun nak balik..sempat lagi snap uhuks..

10.30 - 12.00 tghr - balik ke penginapan 
  • jam dah jam 1030pagi !!! patutnya dah kena gerak balik sebab perjalanan another 1 hour pulak!! tiba-tiba nampak awan gelap..ohhh no!!! then gerimis.. sedikit lega sebab dah selesai bergambar then dengan pantas kami terus daki naik untuk ke motor nak balik penginapan.
  • baru 5 minit perjalanan, hujan turun dengan lebatnya..huhuhu.. agak-agak??? inilah risiko naik motor yer.. kami basah lencun dari atas sampai bawah hahahaha...
  • risau pun ada sebab jalan berbukit-bukit dan berliku-liku, hujan lak mesti licin..so be carefull k kalau hadapi situasi yang sama. 
  • perjalanan balik kami agak lama sebab hujan, aku tak kasi husband bawa laju sangat sbb risau bad thing happen.
  • Jam 12 tepat kami sampai dan mohon jasa baik penginapan untuk checkout 1230 sbb dia nampak kami basah lencun.. 
12.30tghr - check-out / pulang scooter / jalan kaki ke harbour

ni ler pondok tiket boat Nusa Penida to Sanur and my baju hujan 

  • kami beli baju hujan di kedai runcit di Toya Pakeh (sehelai IDR 20,000 -RM6) sebab nak jalan kaki ke Harbour (dekat jer)
  • di hujung harbour ada satu pondok nampak orang ramai, situ tempat beli tiket boat under company Angel Billabong. Harga memang IDR150,000 seorang. 
  • Boat jam 1pm katanya so okayla..kejap jer tunggu boat dah sampai alhamdulillah..laut agak bergelora sebab hujan..

2.30 ptg - Tiba di Sanur Harbour
  • Sebab kami dah tahu jalan keluar, so laju ja kami jalan nak cari makan sebab lapar..
  • ada 1 kedai Chinese Food Halal ~ D'MAMI'S di deretan kedai-kedai yang ada. Tak banyak choice dan lapar punya pasal, kami makan disitu ja..tapi saya oder nasi goreng seafood. playsafe . husband i ambil ayam penyet.. harga dalam sepinggan +- IDR35,000 so oke jelahh..
Kedai makan di area Sanur Harbour
3.30 - 4.00 ptg - Naik Go-Car ke Pop Hotel Kuta
                           ( IDR 70,000 )

POP HOTEL! KUTA

  • jalan agak sesak sebab dah masuk area town
  • mulanya kata kt husband letih nak rehat sat, ptg sikit baru keluar tapi bila dah sampai bilik, rasa ada kekuatan pulak hahaha..
  • bersihkan diri, then ajak husband cari kedai dobi sebab pakaian kami byk basah
  • turun bawah, front desk offer sewa scooter IDR75,000 guna sampai checkout esoknya.. so kami ambilk jer untuk memudahkan pergerakan tapi kawasan pekan ni berselirrat juga kenderaannya..kena berani redah..
      *** KEDAI DOBI - takda mcm kt Malaysia yer, yg kita masuk coin tunggu n siap tu yer.. semua kedai dobi manual n walaupun ada kedai dobi guna mesin tapi tetap diorang yg basuhkan, lipat and masuk dalam plastik macam kedai dobi dulu2 tu..

makcik dah macam orang nak naik bulan kan? hahaha
  • kami cari kedai dobi area legian,6 minit naik motor sebenarnya byk kedai dobi / laundry tap better tanya berapa lama boleh siap sebab kebayakan makan masa 4 jam dan lebih.Kami nak cepat so kami minta dia dry kan jer so dalam masa sejam dia kata dah boleh siap.. harganya ikut timbang, kami punya dalam 7kg (berat sebab basah) so cas nya dalam IDR25,000. (lain kedai maybe lain harga yer)

  • pusing-pusing dengan scooter untuk tengok apa yang ada.
  • time dok search sebelum ni, nak ke Kuta Beach macam dekat jer tapi bila setting wae kenapa jadi sampai 20minit yer? rupa-rupanya sebab ONE-WAY road.
  • cuba try tengok map di bawah yer..
laluan one way yang menyebabkan perjalanan yang 3 minit jadi 20minit
     

  • Pop Hotel (merah) sebenarnya boleh tembus ke Kuta Beach ikut jalan belakang tu jer, jalan kaki pun boleh (tapi ada anjing sbb orang sana bela anjing) dan naik motor pun boleh ..serius 2 minit jer. hujung jalan tu ada farmasi guardian, paking ja motor tepi tu then jalan kaki lintas ke tepian pantai.
  • tapi .... korang takleh naik motor atau kereta ke Beachwalk Mall atau Hard Rock dari situ sebab ianya jalan one-way.. 
  • sebab tu kalau nak ke Hard Rock atau Beachwalk Mall kena melalui laluan kaler biru dalam maps tu dan memakan masa hampir 20minit.
  • kami terpaksa pusing hampir 3 kali dan aku hampir suruh husband cancel ke Beachwalk Mall sebab dah macam sesat dan pelik tak jumpa2 hahaha.. dah la keluar malam.. dah siang esoknya baru paham kenapa kami pusing jauh untuk ke mall tu.
  • Bila dah sampai Beachwalk Mall, kami decide jalan kaki jer lepas ni ke Hard Rock daripada kami nak pusing another 20minit naik motor tu..so kami jalan jer..



ni mall MATAHARI, kami singgah time kami sesat cari beachwalk mall tak jumpa hihi.. ada banyak souvenir tapi agak mahal

Image result for beachwalk shopping center bali
Ni ha rupa beachwalk mall yang nak sangat pergi tu.. besar and santai ruang-ruangnya.

ada ruang lepak santai kat atas, so snapkan gambar guna OPPO menyinari malammu ..hihi

ni hidangan makan malam di food court Beachwalk Mall. Kami habis total hampir IDR200,000 disini

SUP BONTOT (sup ekor sapi) 

  • nak makan kat food court ni, caranya kena beli kupon yang bernilai IDR200,000 (RM60) dan ada barcode kt kupon tu.. then korang pegi oder kat stall makanan yang korang nak makan, diorang akan scan bar code tu untuk tolak nilai harga makanan yg kita oder tu. Then pegi lak stall air ke apa ke yang lain..sampai habis duit kita dalam kupon tu..
  • jangan risau, bakinya boleh redeem balik on the spot.. dapat cash balik dengan syarat korang tunjuk balik kupon yang ada barcode tu kt cashier counter.
:: HARD ROCK CAFE
 Fee entrance = free

  • Jalan kaki dalam 10 minit dah sampai HRC, kami masuk Rock Shop dulu sebab nak beli t-shirt sebagai kenangan.
  • Selesai beli, kami masuk layan live band jap..sambil minum jus yer.. live band start at 10pm-12pm.. saja sesekali try, kejap jer layan live band sebab dah ngantuk.. jalan kaki ke tempat parking motor tadi then 3 mnit ja naik motor dah sampai hotel.. 

Tak sedar ni kena snap gambar sebab kalut nak masuk kedai .. hihi

inside the HRC

Lupa nama band yg perform ni.. maklumlah bukan kaki layan pun..saja jaaa...

pak incik bergambar..selalu dia yang ambilkan gambar jer..errr errr
diluar HRC


Day 5 : 10/02/2020
:: Street shopping kuta
:: Kuta Beach
:: Ngurah Rai International Airport

:: STREET SHOPPING
8.30 pagi - Shopping last kt tepi hotel jer.

ni memang lorong nak menghala ke Pop Hotel! Kuta kami beli baju beg kt sini ja last shopping
kedai massage tepi-tepi jalan dari hotel ke kuta beach..
           
  • penginapan tak kami tak include bfast, kami turun bawah, makan megi cup jer..taknak keluar cari kedai dah sebab nak pantasssss..
  • ada jiran oder bag rotan bali yg bulat tu so last pagi ni jer dapat beli, nasib kedai buka awal..rezeki dia kami beli tepi-tepi tu jer. Tak pegi jauh dah sebab dah tau harga sama and lebih kurang jer.. dapat grab baju souvenir Bali untuk anak-anak dengan harga IDR50,000 (RM15) sehelai. Ada kedai letak IDR 100,000 gak rata-ratanya.. pandai-pandai cari kedai yang boleh tawar yer.. kalau dah RM 15 sama macam baju kat Malaysia jugak.. so saya ambil jer.. tak banyak masa sebab nak kejar check-out lak japgi.


:: KUTA BEACH
10.00 pagi  - Kuta Beach

  • kami cuma snap gambar jer sekejap kat sini, nampak ramai mat salleh surfing kat sini.
  • nak jugak singgah walaupun kejap just nak bergambar tanda dah jejak kaki !!!
  • panas tu opcoz la yer.. sekejap ja di sini..pose-pose then singgah beli air sejuk terus balik hotel nak siap untuk check-out.


Kuta Beach
                       




1200 pm - Check-out 

  • Bergambar dulu depan hotelsementara menunggu go-car (gojek) 
  • kalau ikutkan distance dekat jer dengan airport tapi sebab kawasan town, kena consider jammed juga yer..
  • ohh ya.. duit kami cukup-cukup ja untuk nak bayar gocar.. ingat tau, konsep dia sama dgn grab, kalau ada tol or parking fee kita kena tambah duit.
  • so, manage well your money ok 
  • me n husband cash betul2 habish last bayar gocar, kat airport mmg crai tempat makan yg boleh bayar guna card ajer.. 
  • lega duit habis semua, tak larat nak simpan baki..alih-alih rugi bila tukar balik kt money changer  




  • Gambar di bawah adalah suasana jalan di bandar.
  • Cable elektrik tu masih better banyak la dari Hatyai



  • Suasana manusia yang menunggu ketibaan orang atau pelancong yang dinanti..
  • kami lalu di atas untuk ke bahagian international departure
  • masa kami ni, kaunter Citilink dan Air Asia jauh sikit, ada kat bahagian bawah (follow ja penunjuk arah atau bertanya pada orang)
  • manage your time ya..
  • oh ya!!!! dalam airport ni time dah masuk kr dalam utk depart rupanya ada Hard Rock Cafe (makan-minum) dan juga dan Hard Rock Shop (baju) dan baju-baju dia dont worry sama ja harga seperti di kedai ori dia di Kuta Beach tu.. dan lebih banyak lak nampak pilihan yang ada ..mmmm.. so sapa yang tak sempat singgah HRC Kuta, not to worry..boleh jer bali dalam airport.. masuk awal sikit la.. supaya dan lagi menyopping hihi.. (sory lupa snap gambar)



  • kami makan pizza kat salah satu restoran dlm airport..besar gabak pizza dia.. padahal konon nak lapik perut ja sbb tak sempat lunch tadi..kang dalm flight ada meal lagi dapat..
  • (bawah) bergambar di gerbang nak depart dah..nice lak kerawang-kerawang tu..


   
  • dalam flight depan seta kami ada baby mat salleh ni comelllll and syiok dia dok ajak my hsuband main agah-agah dgn dia.. tengok tu main cak-cak..
  • alhamdulillah kami tiba di KLIA jam 630 petang.
  • pengalaman yang sangat berbeza dan menyeronokkan dan juga mencabar!!!! hahaha.. but gambar-gambar dengan view yang awesome sangat berbaloi..
  • RM yang habis utk trip ni lebih kurang RM1000 sorang
  • > RM640 - flight (2pax)
  • > RM230 - hotel (3 hotel berbeza utk 3 mlm)
  • > RM 900 (3juta rupiah) - duit belanja di tangan include makan, transport dan souvenir
  • sebenarnya duit di tangan bergantung pada expenses masing-masing.. 
  • kami bkn jenis shopping sangat.. xda beli souvenir banyak2 untuk semua rukun tetangga pun..just untuk anak2 n kenangan diri sendiri ja.. 
  • makan pun kami makan kedai murah-murah tepi jalan jer, kami tak masuk restoran mahal-mahal..
  • sesiapa yg pegi dengan supir, biasa supir akan bawa ke kedai makan yang mahal-mahal atau yg sedara mara depa na.. harga pun boleh habis RM100 duit kita untuk just lunch na..so..tepuk dada tanya selera yer...

~ t a m a t ~




Wednesday 12 February 2020

cuti bajet ke Bali - Nusa Penida

DAY 2 : 08/02/2020

NUSA PENIDA

:: Visual Inn, Toya Pakeh
:: Kelingking Beach
:: Angel Billabong
:: Broken Beach


Image result for Nusa penida island map
Peta Bali - Nusa Penida
7.00 am - Bersiap oder dan menunggu go-car di lobby hotel
7.20 - 7.50 - Bertolak dari OYO 734 Tuban Torres to Sanur Harbour


~ Sanur Harbour ni di persisiran pantai tu banyak sangat kaunter macam yang dalam gambar di atas, dan orang yang terlalu ramai eventhough hari biasa pun.. cumanya waktu awal sampai saya ambil tiket di SEMABU HILL sebelum sampai ke deretan kaunter yg banyak ni.. tapi ok la dapat harga IDR350k untuk 2 orang one way. Dari pembacaan awal katanya harga tiket sehala untuk pelancong IDR200k sehala so bila dapat 350k rasa dah ok dan dah tak tanya pulak kat deretan yang ada ni..

~ untuk traveller lain, kesimpulannya u all boleh jalan ke depan pantai dulu untuk survey harga..time untuk ke Nusa Penida bergantung kepada company boat yang u all ambil sebab tak sama. Timing jalannya pun tak la punctual sangat.. kalau kata boat jam 815 jalan nya hampir jam 9 juga.. tapi bagi yang tempah online saya tak berani bagi kesahihan la yer..
~ saya sengaja beli secara walk-in pegi dan balik sbb taknak terkejar2 and ada instinct macam akan ada jer boatnya anytime..

8.50 - 9.30 am - Sanur to Nusa Penida ( IDR350k 2pax one way )



*** yeahh.. spt makluman dari blog2 sebelum ini, mmg kena standby untuk basah paras lutut nak redah air naik boat. so saya pakai siap2 seluar untuk basah. 

      Setibanya di Nusa Penida, ramainya yang mengerumun dan offer untuk sewa motor/scooter .. saya jalan pun di ikutnya sampai ke sudah. Husband tanya juga berapa harga untuk ambil jam 10 dan pulang juga jam 10 esoknya.. harga IDR150k kata sebab dikiranya 2 hari tapi kami terus melangkah hingga ke hujung, tak mahu lagi diperdaya dengan tawaran harga yang tinggi. Setahunya hanya 70 - 75k sehari so nak juga cari harga tu.. kedekut eh? hahaha dah kata bajet traveller kan.. 

     Turun ja dari boat kami teruskan langkah ke arah kanan hingga ke hujungnya, kemudian buka map untuk tengok jarak perjalanan ke hotel VISUAL INN kami di Kg Toya Pakeh.. 9 minit ja jalan kaki dan kami decide utk terus berjalan dan berharap ada kedai rental di sepanjang jalan yg harganya jauh lebih rendah.

      Kami melalui kawasan kedai-kedai dan pasar basah Toya Pakeh, yg dikatakan kawasan perkampungan muslim. Ada masjid di kawasan ni. Ini juga asbab saya tempah penginapan di sini kerana mudah utk cari makan halal dan juga ianya di tengah-tengah antara Timur dan Barat Nusa Penida.

Jalan kaki dari harbour ke Visual Inn, Toya Pakeh

        


:: VISUAL INN, TOYA PAKEH, NUSA PENIDA
Kami tiba di penginapan jam 10pagi dan woww amazing!!! penginapan memang seperti yg diangankan, tinggal di villa yg berbentuk V terbalik dan buka pintu je boleh terjun kolam..fefeling macam stay di villa mahal2 gitew tapi sebenarnya murah jaa.. ( RM 97.00 - promotion 10% off traveloka ) . Penginapan di sini bagai menggantikan balik kemurungan kami menginap malam semalam. Kami berehat, mandi dan kemudian decide keluar mencari sesuap nasi hihi.. disamping mencari scooter untuk disewa.

       

Bilik kami yang hujung tu wowweee


11.00 pagi - jalan kaki keluar lunch di sekitar pekan toya pakeh
~ kami makan di kedai yg ada nasi campur, total makan nasi dan air dua orang kami total IDR27k 
~ sambil makan kami tanyakan tuan kedai tentang sewa motor disebelahnya, tapi dia tanyakan orang lain. lepas makan kami cari orang tu, muslim, wanita pertengahan umur, kami dapt scooter yg biasa2 ja.. janji dapat harga murah... yeszz..dapat hanya IDR75k alhamdulillah.

11.20 - 12.20 tghr - Kelingking Beach
 berbekalkan peta destinasi yang diprint (standby takut takda line untuk guna waze) kami menuju ke Kelingking Beach.

Why kami pilih Kelingking Beach dulu ?
~ sebab saya decide untuk tuju ke tempat yang utama dulu dah kebetulan cuaca sangat cerah dan baik. Esok takut tak sempat sebab nak kejar check out masa terhad. Nak turun naik kelingking beach kan makan masa juga..

Kami lebih banyak berhenti dan bertanya penduduk tempatan bila tiba di simpang2 untuk memastikan jalan yg kami lalu tu jalan yang benarrrr... 

Untuk makluman, jalan ke Kelingking Beach dan juga jalan di sekitar Nusa Penida ni dah elok ditar kan cuma jalannya kecil, mujur kami naik motor, lancar jer perjalanan..tapi.. esok saya cerita kenapa ada tapi nya ok.. huhu..

entrance fee IDR5000 per motor

naik motor keliling bahagian Timur Nusa Penida
ada ja signboard yg menunjukkan arah tempat2 yg kita nak tuju
:: KELINGKING BEACH
s a m p a i    d a h !!!!!! WELCOME TO KELINGKING BEACH ..

ini tandanya jalan yang dituju betul, alhamdulillah

Parking motor di sini

kena turun arah ni untuk ke view awesome kelingking tu 
Post yang macam orang selalu buat..niceeeeee
merenung indahnya ciptaan Allah swt .. Subhanallah


view Kelingking Beach (little finger)

View on the other side 

Ni pic paling win utk kami hhi
 Gambar di atas lokasinya di sebelah kiri kelingking tu, naik motor atau kereta ke arah side kiri tapi orang tak seramai port yang awal tu..  kami mmg target nak ke sini sebab banyak nampak foto atas sampan gini kat ig, dah alang-alang datang mesti nak simpan gambar ni sebagai kenangan.

entrance fee IDR10k per person

byk juga spot bergambar kat sini, sarang burung, buai, sampan dan view yang cantik2 juga cuma bezanya tak nampak bentuk kelingking jer.. sebab side kot sisi lain..





Selesai bergambar di sini, kami teruskan ke next destinasi iaitu ANGEL BILLABONG

2.20 - 3.00 ptg - perjalanan ke Angel Billabong & Broken Beach

:: ANGEL BILLABONG
entrance fee IDR5000
~ perjalanan ke angel billabong pun elok di tar tapi di penghujung jalan nak sampai ke  sana masih ada jalan yg belum berturap dan berbatu-batu besar, kami yang naik motor ni naik risau juga, saya takot tayar motor pecah jer.. so slowly k kat jalan berbatu ni..

~ masuk spt biasa akan ada org tukang kutip fee masuk, bayar jer k

~ time ni muka saya n lengan my husband dah rasa bagai terbakar dah.. panas sgt ya Allah.. husband kata baru kena panas gini dah rasa mcm dibakar2 kulit, macam mana gamaknya orang yg terbakar kena api betul2 dan azab nnt di alam sana huhu..insappp sat...

~ first akan nampak view batu-batu seperti di bawah, bg saya tak nice sgt, mungkin bagi photographer lain, ianya ada nilai tersendiri wallahualam..


Junction antara angel billabong dengan broken beach
~ Mencari-cari spot seperti di bawah ni, haa ni baru jumpa bila jalan ke tengah sikit. Tapi takda sesiapa yang terjun atau mandi manda disini seperti yang biasa saya lihat gambar di google,ig dan facebook. Mungkin dah ramai tahu bahayanya kawasan ni sebab dah ramai terkorban bila air naiktiba-tiba and swipe away orang yang sedang mandi manda. So, kami pun tak turun jugak. Nyawa lebih penting beb!!!

airnya tak sejernih yang dilihat dalam google mungkin sebab high tide atau musim kot so takda sapa yang turun berenang 
~ dah puas bergambar di angel billabong, kami terus menyusuri denai kecil seperti gambar di bawah ni untuk ke Broken Beach pulak di sebelah sana. Sekejap ja, beberapa minit berjalan ja udah sampai..

laluan untuk ke Broken Beach dari Angel Billabong

:: BROKEN BEACH 


~  Bagi saya view disini lebih menarik untuk bergambar, mula-mula kami ambil gambar di sini. Tak ramai ambil gambar disini sebab ni bukan spot nya..tapi kami rasa macam nice, kami suka..


***ohhh yaa..kebanyakan gambar kami guna tripod untuk ambil gambar sendiri, so lambat sikit la nk set up bagai..sebab nk suruh orang snapkan segan byk2 kali.. tripod yang biasa2 ja yang boleh letak hp and snap pakai timer..kelakar juga berlari-lari sambil kira timing 10,9,8,7,6,5,4,3,2.1 ..hahahhah
kalau gambar x jadi, ulang lagi hahahaha..tp tu semua kenangan

Spot awal tiba di Broken Beach
~ naahhhh... inilah spot yang dinanti-nantikan of Broken Beach. Ramai orang sebenarnya kena take turn and kena pandai ambil position untk tak nampak orang sekeliling. 

~ Kena pandai cari location yang kebabom okay.. ada spot yang orang kena tolong ambilkan sebab view terbaiknya kena snap dari suatu ketinggian. Ada diletakkan alas kayu utntuk orang panjat dan berdiri untuk snapkan gambar.  Sesiapa yang guna khidmat supir, supir lah yang tolong snapkan gambar-gambar u ollzz..

The real spot di Broken Beach 


4.30 - 5.30 ptg - kami gerak dari Broken Beach 

~ Plan asal nak ke Crystal Beach waiting for sunset, tapi husband dah keletihan akibat kepanasan yang tak boleh nak bawa bincang. Muka saya pun dah rasa berbahang.. then kami decide untuk pulang ke villa dan sejukkan badan dengan mandi kolam depan pintu villa jer.. lagi syiokkk 


6.30 ptg - keluar cari dinner

~ disebabkan perut dah berkeroncong kami keluar awal untuk cari makan malam, tapi sempat pula husband ajak round sebelah sana jalan untuk tengok kalau-kalau ada port untuk snap sunset. Sebab kawasan memang di sepanjang persisiran pantai. Dengan itu, sempatlah kami rakam sunset di tepi-tepian ni..ada juga gambar sunset kami..

gambar ni pun kami snap guna selfie stick jer dipacakkan dalam pasir..and count down..
hahaha..kreatif kan?


~ End of the day, kami makan malam di Warung Nasi Padang Coconut berdekatan jer.. tapi dia tak hidang macam nasi padang, makan macam nasi campur gitu, letak lauk apa yang nak, yang kami makan sepinggan sorang IDR35k, air dalam IDR7k. Mahal sikit tapi sebab letih, kami memang makan dengan penuh lahapnya..and burpppppp... kenyang..alhamdulillah..

~ then balik, lena zzzzzzzz

>>> bersambung to next day in next entri >>>




cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...