Monday 26 February 2018

Waterpark Grand Oriental Hotel, Penang


  



~ GRAND ORIENT HOTEL ~
PENANG
24/02/2018

Alhamdulillah syukur diberi rezeki untuk ke sini pula. Kali ni memang tak rancang langsung, last minute sangat. Kebetulan adik membebel sepanjang pagi kata hari panas, baby dia tak senang duduk. Tiba-tiba dia kata booking hotel yang kak suggest dulu. Hotel ni memang dalam top list disebabkan WATER PARK nya yang macam best !!! kalau ikutkan tunggu anak-anak semua ada baru nak datang sini. Tapi dah rezeki dapat tumpang adik meginap di hotel ni boleh la masuk waterpark dia. Okay, bagi yang mencari-cari info reality tentang hotel ni, jom !!! saya ceritakan serba sedikit dari pengalaman yang saya ada.

~ Harga Hotel ~

Hotel ni affordable la jugak. Boleh booking and dapat info melalui laman web rasmi hotel sendiri  www.grandorienthotel.com 
ataupun melalui booking.com ke agoda.com ke, ikutla mana-mana yang dapat harga terendah. Time adik saya booking dapat harga RM184 per/night maybe sebab weekend punya price kot.
tapi harga bilik dia dia bermula serendah RM150 per/night. Bilik standard taklah besar sangat just nice jelah.
Antara gambar bilik di hotel ni, simple but very comfortable, clean and cosy.
 ~ Water Park ~

Water park hotel ni adalah tarikan utama orang berkunjung ke hotel ni, Kalau nak ikutkan gambaran luaran macam biasa-biasa ja hotel ni.. tak disangka-sangka kt bahagian dalam ada waterpark yg soooo amazing wowwww..tapi walaupun kita menginap disini, nak masuk waterpark memang dikenakan bayaran yer.. ini yang selalu menjadi tandatanya semua orang termasuklah kami. Tapi bayaran nya taklah mahal sangat macam tambun, sunway lagoon atau bukit merah. Dekorasi yang cantik, pokok-pokok yang redup mata memandang serta tak crowded dengan manusia-manusia yang sangat ramai membuatkan kita rasa selesa di water park ni. Bila tunjuk kat anak memang teruja sangat dia.. Layankan dia sorang ja, abang nya tak ada sebab tak dapat balik dari asrama.
Banyak gambar yang saya snap, so layankan gambar-gambar di bawah ya utk gambaran sebenar WATER PARK, GRAND ORIENT HOTEL
Ni senarai harga entrance waterpark, ada 1 day pass and 2 days pass. Apa yang saya faham, kalau 2 days pass ni untuk kita masuk waterpark ni ptg selepas kita check-in boleh main sekali dan esok pagi before check-out boleh main lagi sekali dalam waterpark.

cukup bekenan dia dgn buaya tu.. banyak snap dgn buaya tu..tapi jgn risau x mengerikan pun water park ni walaupun ada replika buayalah, ular lah, iguana lah.. dekorasinya macam dalam jungle and cantik. 


N E X T 
gambar di bawah ruang sebelah kiri waterpark ada kon-kon yang menyimbah air dalam laluan sungainya.. ada jaguar meludah air...hahaha.. ada ular sawa terbelit di pokok.. rasa macam semua part of this waterpark semua nak snap gambar.

sebelum start terjunan, bergambar di hadapan tangga dulu..





bergambar di spot bergambar yang nice, depan river








Bahagian belakang kolam ada kolam untuk orang dewasa yang agak dalam, ada jaring volleyball dan jaring untuk basketball. Nampak sangat santai boleh main-main tapi kawasan ni selalunya kosong ja sebab ibu bapa sibuk jaga anak-anak kecil kt slide-slide yang ada.




View dari tingkat atas sebahagian dari waterpark.

pandangan dari tingkat 3 atas pondok tengah. kat bahagian atas ni ada slide tiub yang bertutup yang paling panjang tu. Tak ada guard jaga ya kat bahagian tingkat 2 dan 3 ni . jadi ibu bapa yang kena pantau untuk anak nak naik slide di atas ni, tak disarankan biar anak-anak kecil naik sendiri even anak saya yang dah berumur 11 thn pun saya naik turun setiap kali dia nak naik slide. 

Tingkat 2 : Slide tiub terbuka (kanan)
Tingkat 3 : Slide tiub tertutup (kiri)

ada shower kat bahagian tepi bahagian kanan kolam



kawasan volleyball di bahagian hujung belakang


View bahagian kiri waterpark -replica ular dan timba2 air
3 tower di ruang tengah yang membahagikan ruang slide dan juga ruang kanak-kanak. Di tower tengah tempat untuk nak naik slide tiub putih tu. Tower tu tak bersambung each other di atas ya.. sebab main naik ja tangga ingat bertemu di atas.. penat panjat tengok-tengok tak bersambung.. kena turun balik dan naik balik tangga tu.. 


 





setakat ini saja perkongsian tentang Waterpark Grand Orient Hotel Prai, Penang.. hope sesiapa yang mencari malumat tentang waterpark ni dapat serba sedikit info untuk bercuti di hotel ni dana bagi yang sudi singgah membaca blog ni, tq so much for your reading. Saya bukan penulis tapi saya suka berkongsi kegembiraan bersama keluarga agar sama-sama kita happy bersama keluarga masing-masing.. in shaa Allah.


2 comments:

  1. Bdk2 mmg suka la kan dtg mandi2 hotel ni. Lg park blm tutup lg tu nak mandi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. baru ni repeat lg.. boleh jua mandi pool ni walaupun xstay hotel dia.. rate berbeza sikit la.. tp masih worth it..

      Delete

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...