Sunday 4 February 2018

Bangkok - Don Mueang Int A/port - Hua Lamphong - Chocolate Ville :: Part 2




 DAY 2 :: Sabtu 24/12/17

Alhamdulillah safely arrived at Don Mueang Airport Bangkok at 9am+-. Ambik beg kami panggil uber ke hotel kami di Hua Lamphong. Agak jauh jugak. Kami dok area situ sebb esoknya senang kami nak ambik tren yg pertama utk ke Lopburi. Hotel yg kami booking nama The Chilli Bangkok.Tercorok sikit hotel ni dr pandangan mata.Agak takut gak mula.Tapi bila sampai.. Not bad!! Bilik sempit la skit tapi okla dengan harga.Takda lif ada tangga ja. Dalam 10-15 min berjalan kaki ke stesen keretapi Hua Lamphong. 

Nota kaki:- susah skit nak cr makanan muslim kat sini. Cuma ada satu berdepan ngan stesen keretapi tapi kena masuk lorong2 depan tu. Tapi rasanya sampai petang ja. Agak femes dikalangan backpackers rasanya.saya dpt tau pon masa 2nd time ke Bangkok naik tren.Ada tourist informer depan stesen ni nanti bgtau.Dia akan berdiri depan pintu masuk stesen.hehe..Baguihkan org2 Thai ni..How thoughtful.  Kalau tidak tatau la nak makan kat mana.


arrived at The Chilli Bangkok .. muka letih 



gambaran bahagian dalam hotel, tangga ni la yg kami kerabat naik sampai tingkat atas sekali..aduiii..awatla bg yg atas sekali .. 

Nak check-in awal sangat. Kami simpan beg dulu sementara menunggu lg sorang travel partner kami sampai yg dari KL tu. Kami berempat mula cari jalan utk ke stesen Hua Lamphong dengan berjalan kaki sambil mencari-cari kedai makan utk mengisi perut yang dah berbunyi krukkk krukkk.. Dalam 10 minit berjalan jer, kami makan di kedai makan muslim, di lorong berdekatan dengan stesen tu. menu yang ada disini nasi berlauk-hat tu ja yg kami tuju sebab lapaq gilerrr... hahaha  Sila rujuk gambar di bawah.

Tips:- kalau lapar jugak, langkah terakhir cari 7E. Nanti ada fridge kecik tu. Cr brand CP atau Ezygo (ada tanda halal) 49baht satu, nasik ngn ayam atau ikan sambai (sedap baq ang) staff 7E akan microwavekan makanan2 tu.. X sampai 100baht dah kenyang. Atau breakfast roti bakaq butter gula brand 7E. 12baht ja satu 😆😆

Ni la rupa kedai makan kt lorong tepi-tepi stesen MRT Hua Lamphong.


Sebelum jalan balik ke hotel, kami survey dulu tiket train utk ke Lopburi esok, nak beli awal takut tiket habis.. sebab Lopburi adalah tentatif utama kami ke sini. Kami dapatkan maklumat ttg train kami di kaunter information, tapi tiket special train dah sold-out ..huhu..terpaksa amek train hat biasa2 ja.. dan tiket kena beli on the day tak boleh beli awal dari tarikh. Kami pulang dengan tak sabarnya menanti hari esok. 
Gambar train yang kami bayangkan kami akan naik esok ke Lopburi
Kaunter information di stesen keretapi Hua Lamphong
Dah check-in,lepas mandi semua sebb semalaman x mandi (gosok gg ja kat airport Hatyai). My fren temah set utk ke chocolate ville, (saya xbuat research apa pun, harapkan temah jer) - kami ambik uber lagi sekali utk ke Chocolate Ville. Part uber ni mmg huh menyirap ja tengok driver uber ni guna apps maps uber dia.. kalau ikut distance mcm dalam 20 minit ja boleh sampai tapi entahlah macam mana dia bawa, pusing tempat sama berulang kali dan sangkut dalam jammed org balik keja lagi.. rasanya sejam lebih kami dalm uber dia. Dia pun taktau choc ville tu kat mana sebenarnya. Awal-awal dia bawa kereta macam siap menguap2 mengantuk lagi. Lepas cari jalan tak jumpa, kami lak tolong dia cari jalan guna waze kami.. pheuuwwww.. samapai jugak tapi dalh malam, dah nak gelap tapi scenery time tu.. Subhanallah cantiknyaa. 

~C H O C O L A T E   V I L L E~
351, Khan Na Yao, Khet Khan Na Yao, Krung Thep Maha Nakhon 10230, Thailand
open 4.00 - 12.00 pm



Choc Ville ni sebenarnya satu kawasan yg luas yang banyak building ada konsep2 macam ala-ala ladang. Ada beberapa restoran terbuka yang luas dan nampak ekskulif dan mahal of course  !!! tapi..kita muslim tak boleh makan la.. xda satu pun tanda halal. Tapi tak dapat makan pun xpe, sebab deko dia sangat super cantik. Kami habiskan masa dalam 2 jam di sini dan jenuh muntah bergambar. Cuma bila waktu malam gambar jd gelap2 sikit la.. kalau kamera yg super duper elok best la.. kami guna iphone kami ja. Tengok sendiri la yer, gambar-gambar kami di choc ville ni.. jgn muntah yer sebab gambar kami lakibini mmg mcm cintancintun la sebab kawasan ni mewujudkan mood cintancintun hahaha..

entrance kat depan choc ville
apesal tu bang hahahah



















sporting kan husband i 

giant cookies




antara persekitaran dalam choc ville.. setiap building ada konsep tersendiri. Rumah bear ni penuh dengan giant bear yg super duper cute


acah-acah macam tengah story telling by grandpa

Bear House



i love this pic











No comments:

Post a Comment

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...