Thursday 20 April 2017

M.A.L.D.I.V.E.S p a r t 2

T H U R S D A Y : D A Y 3
(hulhumale going to maafushi via male)

Menungu hari ke3 dah buat sy risau sbb hujan masih belum berhenti.. xkan dtg jauh2 sampai ke maldives, balik tanpa sempat melakukan apa-apa water activities? muka nak nangis jer.. husband jenuh pujuk. Pagi2 tu hujan tak lebat sangat macam semalam..saya n suami nekad nk mandi laut jugak sbb last day dah kt hulhumale. Habis solat subuh jam 5.30 pagi, saya dah merenung di jendela menanti hujan reda..5.45 kami nmpak sunrise dah mula kelihatan..kelam kabut siap turun nak snap picture.. alhamdulillah, hujan reda..matahari pun nampak dah hari ni.. me?? smile.. jommmmmm mandi laut wehhhh..yeayyyyyy

   
SUNRISE


SYUKUR ALHAMDULILLAH

TIMER HIHI

      Seronoknya dpt mandi laut yg airnya kaler turqoise. Kami ke tengah sikit ke kawasan yg diorang buat mcm open swimming pool tengah laut. Air dalam tu tau !! hihi..saya yg x pandai sgt berenang guna "drybag" tu sbg pelampung hahaha.. syiokkk mmg syiokkk..

AIR NI DALAM TAU ERKKK.. KOLAM TENGAH LAUT



MAKAN PINANG .. 



      Habis berenang, kami mula bersiap utk checkout awal sbb nak ronda male dulu sebelum ke maafushi..semuanya sbb risau dgn cuaca tak menentu. Takut perancangan awal utk ronda Male pd hari terakhir tak sempat.

      Cuba tengok muka awek maldives kt bawah ni.. mcm org india atau mami kat malaysia jer kan.

WITH VILU REST RECEPTIONIST

JAMBU X????? BASIKAL VILU REST PUNYA

1 RUFIYAA .. 2 RUFIYAA STANDBY NAK NAIK BAS KE JETTY

LOCAL PEOPLE IN THE BUS..HEADING TO HULHUMALE JETTY 

      10-15 minit ja naik bas ke hulhumale jetty. For me its more cheaper going to male dengan naik public ferry from hulhumale jetty ni..

                    Tambang bas ke jetty = 3 rufiyaa p/person
                    Tambang ferry ke Male = 5.5 rufiyaa p/person
                    estimate 1 rufiyaa = 30sen malaysia jer..
                    so .. 8.5 rufiyaa baru RM2.55 jer p/person

Tapi , tulah bagi saya hanya public transport jer yg murah kt maldives ni.. hat lain mahalllll wooo..hihihi.. Ferry ni ada selang 15 minit .. x perlu nk tunggu lama2 pun.. ferrynya bersih dan x penuh dgn pelbagai barang2 pun.. ni kira mcm pengangkutan utama org hulhumale yg bekerja kt male kot rasanya.


LOCAL PEOPLE LAGIII

BOAT/FERRY  TO MALE CITY

A VIEW FROM BOAT/FERRY

VIEW DALAM BOAT

ARRIVED AT MALE CITY
Sampai je kat Male jam 11.30 pagi,  terus rasa padat, sesak, semak, xtahu mana nk tuju hahaha.. sbb dikerumuni oleh taxi driver yg offer nk bawa kita ke mana shj yg kita nak kt Male. Sepatutnya saya n husband cari kedai mkn nk lunch tapi husband ntah kenapa tiba2 jer jadi taknak menapak mencari kedai. Maybe cuaca panas, beg berat dan keadaan sesak ditambah lg org taxi yg dok ikut kami dari tadi dok offer nak bawa kami cari restoran dan ke Vilingili Ferry terminal dengan hanya USD5 jer membuatkan husband saya setuju nak naik teksi.



Nama taxi driver tu SYAHID, quite peramah. I ask him to show us where to eat 'GARU DIYA' the famous local food i read in blog as a amust try food in maldives.. Syahid kata..dia tahu 1 tempat yg Garu Diya nya no1 in Male. Not so expensive but very delicious that we wont regret to eat there. Sekali dia stopkan kami kt satu restoran yg hmmmm mcm cantik jugak lah saya tengok.. dia bawa masuk kami dlm restoran n introduce us to the waiter, then dia kata, "after finish eat wait for me outside, i will come and pick u" hihi.. adehhhh sekali tengok kedai makan mmg dah tau dah akan mahal. Kami oder sepinggan Tuna Fried Rice , Mixfruit juice dan English Breakfast Tea. 

Kami tak jadi oder 'Garu Diya soup' sebab too expensive !!! jadi korang xpayah lah masuk kedai makan nama FOOD BANK kat Male yer.. nasi goreng dia pun tak sedap sangat.. nasi goreng kita masak sedap lagi hihi..

Lepas lunch taxi tu bawa kami ke Old Mosque ; masjid tertua dan terawal di Male yg mana dindingnya diperbuat dari coral dan kukuh hingga kini. Kami tak dapat masuk kedalam sebab diorang sedang solat. Terdapat juga telaga untuk berwuduk cara tradisional. Unik !!! Kubur-kuburnya juga besar2. 


pintu masuk ke masjid. Dindingnya xperlu bercat  sebab diperbuat dari coral

telaga untuk berwuduk

Selesai melawat masjid, taxi driver tu terus bawa kami ke VILLINGILI JETTY . Dia dah call kawan dia booked tiket ferry utk kami dari Male (villingili jetty) ke Maafushi dgn harga 30MVR p/pax  tapiiiiiiiiiiiii bila sampai ke jetty tu aku rasa macam x sedap hati jer 😅 . Apsal jetty nmpak lain macam dari apa yg aku tengok dalam blog2 sebelum ni? Apsal harga pun macam x sama????  husband kata dia UP harga kot !! huhu..  disebabkan masih awal, aku ajak husband jalan2 dulu. Kami tinggalkan beg kat boat besar tu.. Mata aku melilau ja tengok sekeliling yang penuh sesak dgn barang import eksport dalam kapal2 besar. Simen dan sebagainya semua ada kat pelabuhan tu. Bertambah2 lagi aku rasa mcm salah jerrrr.. 


RUANG SOLAT LELAKI

PANDANGAN DARI LUAR MASJID

Tekaan aku benar belaka. Memang ada satu jetty opposite dgn tempat yang taxi tadi bawa kami. (gambar tak sempat upload). Sebenarnya Jetty Vilinggili untuk public transport local people and tourist ada berdekatan dengan masjid dan satu building besar macam mall kat situ-situ jer. Harga tiket murah sikit MVR25 jer

Setelah bertanya pada kaunter tiket, katanya boat di jetty belakang tu adalah private boat yang destinasinya tetap sama juga, ada yang ke Maafushi. Cuma boat private tu bawa segala macam mak nenek punya barang dan direct terus ke Maafushi. Duration hours untuk sampai juga lebih kurang sama dengan public ferry ni = 1 jam setengah. 

NI LA RUPA JETTY BELAKANG YG PRIVATE BOAT/FERRY TU
PELBAGAI BARANG LOADING UTK DIBAWA GUNA FERRY NI 
KAT SINI LAH  JETTY/PORT YANG BAWA BARANG YANG BANYAK2 TU



NI FERRY KAMI MVR30 PER/PAX

PISANG..TONG GAS..SIMEN..MESIN BASUH 

LENA JUGAK DALAM FERRY NI. LETIH OOOOIIIII

PEMANDANGAN DI SEKITAR JETTY SEBELUM FERRY BERTOLAK KE MAAFUSHI

PEMANDANGAN DI SEKITAR JETTY SEBELUM FERRY BERTOLAK KE MAAFUSHI

PEMANDANGAN DI DALAM MALE TOWN
Alhamdulillah... dah sampai ke Maafushi Atoll. Excitednya ya Allah tak terkira. Rasa macam mimpi dapat jejak kaki ke pulau yang tercantik di dunia. ( walaupun hanya Maafushi pun cheq dah rasa bangga dapat sampai sini sbb private island berkali ganda lagi cantik sebenarnya)

Cerita sedih kami kat sini ialah : kedatangan kami TAK DISAMBUT OLEH MAAFUSHI INN di jetty ni.. uwaaaaaa.. even hotel depan-depan ni pun diorang datang jemput customer inikan pula Maafushi Inn jauh on the other side beach. Sampainya hati!!! Menapak lagi kami dua laki bini cari hotel kami dengan bertanyakan orang sekeliling.

NOT RECOMMENDED utk stay maafushi inn, dah la xdisambut, dpt bilik lak katanya tv xda, pastu person in charge yang nk uruskan kami pun xda di kaunter, pakej yang kami mintak utk Trip Fishing malamnya pun x dimaklumkan ke kaunter. Merata kami kena cari lain Trip Fishing utk malam. rasa nak bebai jugak lah..huhuhu.. part ni husband saya lak yg sabarkan saya ~ nak nangis dah time tu. huhuhu.. tapi cuaca pun x berapa nak elok juga sebenarnya, byk tempat yang cari utk trip fishing tak berani bagi jaminan akan keluar fishing sbb 'high tide" katanya. ( air laut tinggi ) yang membahayakan. kami redha jer, malam kami makan nasi packing Brahim jer.

Mesej and tanya lagi kt kaunter Maafusshi Inn utk trip snorkeling esok pulak.. aduiiiii pun dia tak confirm !!! mmh menyirap jer dgn Maafushi Inn nih . Awal pagi menapak ke hotel lain mencari snorkeling trip yg ada yg kami boleh selit masuk. ada yg dah full ada yg offer mahal, kena tanya 2, 3 tempat tapi mmg boleh dpt yg murah. Kami pilih trip dengan KAANI HOTEL. Seronoknya sebab kalau tak dapat snorkeling, kang esok balik Malaysia melopong ler jawapnya..datang jauh2 sampai Maldives tak dapat masuk lautnya..Gilerrr frust kot oiiiii hihihi..


LALUAN UTAMA - PENUH DENGAN HOTEL SEPANJANG JALAN NI

LALUAN KAMI BERJALAN KAKI UNTUK SAMPAI KE MAAFUSHI INN

SAMA SEPERTI DALAM WEBSITE !! TAPI SERVICE HAMPEH !!!

RUANG MAKAN N LOBBY


VIEW  YANG ADA KAPAL LAMA NI ADA KT OTHER SIDE PUNYA PANTAI



BERDEKATAN DGN BIKINI BEACH MAAFUSHI








MY HUBBY'S FAV PICTURE



No comments:

Post a Comment

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...