~ GRAND ORIENT HOTEL ~
PENANG
24/02/2018
Alhamdulillah syukur diberi rezeki untuk ke sini pula. Kali ni memang tak rancang langsung, last minute sangat. Kebetulan adik membebel sepanjang pagi kata hari panas, baby dia tak senang duduk. Tiba-tiba dia kata booking hotel yang kak suggest dulu. Hotel ni memang dalam top list disebabkan WATER PARK nya yang macam best !!! kalau ikutkan tunggu anak-anak semua ada baru nak datang sini. Tapi dah rezeki dapat tumpang adik meginap di hotel ni boleh la masuk waterpark dia. Okay, bagi yang mencari-cari info reality tentang hotel ni, jom !!! saya ceritakan serba sedikit dari pengalaman yang saya ada.
~ Harga Hotel ~
Hotel ni affordable la jugak. Boleh booking and dapat info melalui laman web rasmi hotel sendiri www.grandorienthotel.com
ataupun melalui booking.com ke agoda.com ke, ikutla mana-mana yang dapat harga terendah. Time adik saya booking dapat harga RM184 per/night maybe sebab weekend punya price kot.
tapi harga bilik dia dia bermula serendah RM150 per/night. Bilik standard taklah besar sangat just nice jelah.
![]() |
Antara gambar bilik di hotel ni, simple but very comfortable, clean and cosy. |
Water park hotel ni adalah tarikan utama orang berkunjung ke hotel ni, Kalau nak ikutkan gambaran luaran macam biasa-biasa ja hotel ni.. tak disangka-sangka kt bahagian dalam ada waterpark yg soooo amazing wowwww..tapi walaupun kita menginap disini, nak masuk waterpark memang dikenakan bayaran yer.. ini yang selalu menjadi tandatanya semua orang termasuklah kami. Tapi bayaran nya taklah mahal sangat macam tambun, sunway lagoon atau bukit merah. Dekorasi yang cantik, pokok-pokok yang redup mata memandang serta tak crowded dengan manusia-manusia yang sangat ramai membuatkan kita rasa selesa di water park ni. Bila tunjuk kat anak memang teruja sangat dia.. Layankan dia sorang ja, abang nya tak ada sebab tak dapat balik dari asrama.
Banyak gambar yang saya snap, so layankan gambar-gambar di bawah ya utk gambaran sebenar WATER PARK, GRAND ORIENT HOTEL
N E X T
gambar di bawah ruang sebelah kiri waterpark ada kon-kon yang menyimbah air dalam laluan sungainya.. ada jaguar meludah air...hahaha.. ada ular sawa terbelit di pokok.. rasa macam semua part of this waterpark semua nak snap gambar.
bergambar di spot bergambar yang nice, depan river |
Bahagian belakang kolam ada kolam untuk orang dewasa yang agak dalam, ada jaring volleyball dan jaring untuk basketball. Nampak sangat santai boleh main-main tapi kawasan ni selalunya kosong ja sebab ibu bapa sibuk jaga anak-anak kecil kt slide-slide yang ada.
View dari tingkat atas sebahagian dari waterpark. |
ada shower kat bahagian tepi bahagian kanan kolam |
kawasan volleyball di bahagian hujung belakang |
View bahagian kiri waterpark -replica ular dan timba2 air |
setakat ini saja perkongsian tentang Waterpark Grand Orient Hotel Prai, Penang.. hope sesiapa yang mencari malumat tentang waterpark ni dapat serba sedikit info untuk bercuti di hotel ni dana bagi yang sudi singgah membaca blog ni, tq so much for your reading. Saya bukan penulis tapi saya suka berkongsi kegembiraan bersama keluarga agar sama-sama kita happy bersama keluarga masing-masing.. in shaa Allah.