Wednesday, 14 November 2018

Cuti-cuti ke Brunei part 3 Brunei > Miri > Brunei



DAY 2 : MIRI

Hari kedua target nak masuk Miri, husband nk jejakkan kaki ke bumi Sarawak jugak2 sebab semua negeri kt Malaysia dah kami jejakkan kaki kecuali Sarawak. Memang biasanya org ckap, kenapa tak masuk ke Brunei melalui Miri? selalunya orang Malaysia masuk Brunei melalui Miri tapi terbalik dengan kami sebab kami pula masuk Miri melalui Brunei . why? why? hihi

MENGAPA BRUNEI KE MIRI ?
Sebenarnya saya ada wat research juga macam mana nak masuk Miri-Brunei atau Brunei-Miri... cumanya waktu saya beli tiket Air Asia saya dapat harga yang kebabommmmm ke Brunei, perjalanan kami hanya RM70 seorang pergi balik dari KL-Brunei ( RM40 pergi RM30 balik) haaaa..kan murah gilerrrr tu.. so lebih la berbaloi kami ke Brunei dulu.. baru masuk Miri.. sbb tiket flight ke Sarawak lebih mahal dari tiket flight ke Brunei.yup.. inilah reason kami masuk ke Miri melalui Brunei.


                     






Gambar yang u all tengok ni adalah gambar bas PHLS yang akan bertolak ke Miri.Kalau pembaca  google blog2 lain ada yang bg tips beli tiket bas ni siap2kt satu kedai berdekatan dengan stesyen bas kan? saya pun buat begitu tapi time saya pegi tu, restoran tu dah tak jual tiket bas ni dah. sesiapa yang nak naik bas ni tunggu ja pagi2 kt tempat bas ni ada. tempat bas ni adalah betul2  depan jeti Kg Ayer dan berdepan dengan bajet hotel yang kami duduk..

Nama hotel kami JOY RESTATION GUEST HOUSE emailnya : joyreststation@gmail.com . 
Hotel ni murah BND40 ja semalam tapi bilik dia untuk family mcm kurang selesa, mcm backpacker style jer bilik yg kami duduk. sembang telefon pun bilik sebelah leh dengar sebab dinding plywood ja penghadang bilik ke blik hikhik.. tapi korang search la tengok kot ada bilik yg elok sikit kat guest house ni sbb kami ambik yang paling murah jaa.. dan sebab locationnya sgt memudahkan jalan kaki ja ke nasi katok mama n jeti kg ayer. Ada feedback blogger lain kata joy guesthouse ni lebih elok compare to KH Soon Guest House.. kami oke jer.. sebab kami keluar pagi balik malam, xda lepak2 sangat dalam bilik..so penginapan sekadar utk tidur and mandi  jaaa..

Tambang bas ni BND20 dan perjalanan ambil masa  4 jam lebih kurang.
** nanti sambung cerita yer..xsempat habis story..sorry**


Dataran yang luas ni adalah mengadap sungai ke Kg Ayer, kami tunggu depan bas jer sementara bas nak gerak.Awal yer bas ni gerak, kalau tak salah saya jam 7 pagi, JGN TERLEPAS !!!



bangunan ni tempat Joy Reststation Guest House kami, yang sign board putih tu yer..


boleh juga booking melalui easybook.com

dalam 2 jam perjalanan bas akan berhenti sekejap di stesen bas Kuala Belait ni..

Old school sangat kan.. toilet dia kurang bersih sikit time kami p.. tukang cuci cuti kot..


Gini-gini ja bas mini dia..

Check-point imigresen Brunei
dah nak ke check-point imigresen Miri



Beratur untuk cop passport masuk ke Miri, di check-point Sarawak dah

Sampai di imigresen Brunei tu tak lama sangat beratur, tapi akan ada sorang pilot bas akan bantu tunjuk laluan ke mana kita nak cop passport dan dia akan tunggu di hujung sampai kita siap dan naik bas.. 
jangan over-over lak nak pegi jauh bergambar lah apelah pulak.. kang kena tinggal bas kang ..haha.. saya mmg dok depan-depan bas ja tak melilau ke mana.

YESSSSS !!! WELCOME TO MIRI !!!! kami berjaya jejakkan kaki ke Miri !! 
Mission accomplish !!



Kami turun di stesen bas PUJUT , tanya juga pilot bas tau.. sebab macam ada 2 tempat orang turun di Miri ni.. saya memang nak turun Pujut sebab dah research semua dah. kat Pujut ni juga korang akan naik bas semula kalau nak masuk Brunei balik. Sesampainya di Pujut, kami makan dulu, lapar wehh.. tengok my ayah makan sampai takdan tengok kamera dah.. > <

Pisang murah giler.. tapi tekak saya tak berapa leh terima rasa pisang ni..apatah nama pisang ni, lupa lagi !!!!




Saja dah lalu Taman BUnga ni, kami masuk juga tengok-tengok flora di sini, tak ada apa sangat yg menarik, bunga pun tak banyak, agak tak terjaga tapi masih boleh diterima akal la kalau nak bergambar.. boleh lagi rest-rest lepak laaa...



>> MISI MENCARI KEK LAPIS SARAWAK

Kami sambung perjalanan kaki kami menjejak Kek Lapis Sarawak. Kami tak ambil grab sebab tanya-tanya kat orang tempatan diorang kata macam dekat ja, belakang sungai katanya.. tapi kami jalan macam jauh juga haha..lagi dok jalan, husband kata, sikittt lagiii..sikitttt lagiii.. sampai saya dah putus asa sebab rasa jalan macam tak sampai-sampai, tuptup.. kedai kek lapis dah depan mata.. kepenatan..


melalui  PERMAISURI IMPERIAL CTY MALL

ANTARA PILIHAN KEK LAPIS  DAN KEK ROLL




>> GRAND OLD LADY
      Miri, Sarawak 

Dari kek lapis kami ambil grab terus ke Grand Old Lady, lebih kurang 15-20 minit perjalanan. Tak sesuai jalan kaki nak naik ke atas sebab kawasan dia berbukit, tempat orang joging and trekking.Better naik dgn kereta atau grab jer. Tapi nasib tak menyebelahi kami, museum petroleum tutup. Jadi, kami hanya pusing-pusing ambil gambar saja. Pastu ambil grab ke COCO CABANA pulak!!! haaa kan...kami full utilise masa yang ada..






hawat nih? ishhh..saja cari pasal dah kenapa bie oiiiii 







>> COCO CABANA
      Miri, Sarawak 

Kami sampai ke COCO CABANA ni dah agak lewat petang, memang berniat nak layan sunset. Cantik kawasan ni, ada stall yang jual makanan dan minuman. Harga boleh tahan, tak mahal sangat tak pula murah pun. Suka tengok ukiran kayu kat restoran besar kat situ. nice !!!

Kat sini juga lah ada tugu besar mercu tanda Miri Sarawak iaitu KUDA LAUT . Semua pakat bergambar kat sini, dan tugu kuda laut ni antara sebab utama kami ke sini selain dari untuk menikmati sunset.





gerai jualan makanan minuman










>> CONTAINER CITY
     Miri, Sarawak

Destinasi kami seterusnya nak makan malam di Container City, kami naik grab lagi ke sini. Banyak juga pilihan makanan cumanya semua gerai dijual dalam kontena yg telah diubahsuai jadi seperti warung jualan makanan. Nice experience.. walaupun byk juga gerai konsep kontena yang ada di Semenanjung tapi dah melancong tempat orang, kena juga rasa makanan dan tempat menarik di tempat orang kan..  





DAY 3 : MIRI TO BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI

Awal pagi kami dah bersiap naik grab lagi ke Stesen Bas Pujut untuk naik bas PHLS ni semula. Waktu kami sampai semalam, kami dah tanya siap-siap bas jam berapa akan jalan dari Pujut ke BSB. So kami standby siap-siap depan bas dan makan pagi di gerai berdekatan stesen ja.Perjalanan ambil masa kurang lebih 4 jam. Bas ni berhenti depan jety Kg Ayer tempat yang kami naik waktu nk ke Miri semalam.


Saya dah set dengan tokey kereta sewa saya utk ambil kereta di jety tu just after kami smpai ke BSB semula dari Miri. Kami sewa kereta sehari semalam ja dengan kadar sewa BND60 tapi kami tawar sikit dapat BND50 ja alhamdulillah.. Kalau nak nombor contact  : HJ RAZALI KERETA SEWA BRUNEI = +6738828971  whatapps pun boleh ja.

KENAPA SEWA KERETA ? X MAHAL KE BND50 SEHARI?
Hari ke3 ni kami decide nak round Brunei sehabis banyak tempat yang boleh kami round. Jadi pengangkutan awam di Brunei takda schedule bas yang tetap. Teksi pulak dari pembacaan saya di blog2, sekali ambil teksi utk 1 destinasi BND40. Bayangkan kalua byk destinasi dan jarak yang jauh? berkicapppp oiittt nk bayar transportation jer.. sebab tu kami decide sewa kereta, boh minyak dan jalan lah sejauh mungkin sampai penat hahahaha.. memang betul petrol lebih murah dari air mineral kat Brunei ni sebab harga seliter petrol time kami pi ni, baru BND0.50 sedangkan air mineral harga BND1 hikhikhik.. (jgn convert duit Malaysia hahahahaha)

> ROYAL REGALIA
Tempat pertama kami singgah ialah di Royal Regalia. Tempat ni masuk percuma ja, tempat ni adalah tempat yang menceritakan salah silah kesultanan di Brunei. Banyak cerita Sultan Hassanal Bolkiah dari kecil sampailah ke zaman baginda menjadi sultan. 

> SUNGAI TUTONG
Tak ada apa pun di Sg Tutong ni, kebetulan kami lalu ke kawasan Tutong ni,nampak sungai ni just kami ambil gambar jer. Kisah disebalik terjumpa Sg Tutong ni sebenarnya kami tersilap WAZE. Kami nak ke Masjid Hassanil Bolkiah, bila search dpt location yang agak jauh dalam 45 minit utk sampai ke masjid tu, kami teruskan perjalanan, makin lama makin terpencil ja kawasannya haha.. bila sampai jer Masjid yang kami waze tu, husband punggah gelak.. dia kata awat masjid ni macam masjid kt qariah kita ja? macam masjid Pajak Song. aduhhhh..rupa-rupanya ni Masjid Hassanal Bolkiah-masjid lama. Kami masuk juga masjid tu utk solat. Pastu baru kami waze ke Jerudong Park pulak. 

> JERUDONG PARK
(STOP JAP EH..NNT SAMBUNG)








No comments:

Post a Comment

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...