Thursday, 1 February 2018

Bangkok - Penang - Hatyai - Bangkok :: Part 1 :: perjalanan

DAY 1 ~ 22/12/2017 ~ JUMAAT

Trip kali ni lain sikit sebab kami join my BFF since school ~ Noun aka Temah Rock (nama travel dia).Kami berlima. 4 dr Penang sorang dr KL.Perjalanan bermula dr Penang,drive sendiri seawal 9mlm menuju ke border Bukit Kayu Hitam.Cam biasa ambik masa yg agak lama jugak utk selesai semua urusan kemasukkan kenderaan dan cop passport. Sila take note pintu pagar Malaysia akan tutup cun2 jam 12mlm.. Make sure kereta berada di dalam kawasan Thailand jika tidak terkedu la bila gate dah tutup.. Huhuhu..  


Tips 1:- Kami buat insuran dan visa kat pekan Changlun. Banyak terdapat kedai2 yg sedia membuat segala dokumen yg diperlukan utk kemasukkan ke Siam dan setiap border ada dokumen2 yg diperlukan. Di Danok memerlukan kesemua dokumen yg ada spt :-
1) Geran photostat kenderaan
2) Insuran 7hari 
3) Borang TM2 dan TM3
4) Visa kemasukan 
Sila sediakan baht sekurang2nya 50baht kerana akan diminta masa proses mengecop passport nanti. Wang RM tidak lagi diterima (setakat yg kami pergi pada Dec lepas) Bagi kenderaan atas nama org lain, sila bawa surat kebenaran owner beserta ic photostat.







Alhamdullilah semua selesai before 12am. Dinner nasi putih, daging bakar dan sup kat pekan Danok sebelum teruskan perjalanan ke Airport Hatyai. Lebih kurang 1jam kami sampai (baru jam 2 lebih) Airport dibuka pada jam 4pagi waktu tempatan.. So tido lam keta berdepan ngan 7E. Cerah n lebih selamat kan. Cun2 jam 4pg kami ke Airport.Park kat dalam kawasan airport(insyaallah selamat ja.sebb ni kali ke-3 dah park kat situ utk ke Bangkok) ramai keta malaysia kat situ. Sehari 100baht. Murah kan!! Kenapa kami naik dr Hatyai!? Sebb tiket domestik lebih murah berbanding dr Penang ke Bangkok yg kadang2 mencecah 500++ ke 800++ utk return tiket. 😆😆 Tiket kami baru Rm200++ utk return 👍👍

Tips 2:- Noun guna Traveloka utk booking tiket dan memilih Lion Air utk pergi (free 15kg baggage) dan balik mengunakan Air Asia .. saya terima ja apa yg dia booked heheheh..
berjalan naik ke depature hall .. kul 4pg ni..huhu..
time ni dah selesai solat subuh semua.. tungggu flight ja..

gambaq gelap tp nmpak dak flight LION AIR tu? ha tu la flight kami =)


1st time naik flight lain dari AA, besar sikit ja LION AIR ni dari AA.. selesa sikit utk org kaki pjg sebab ruang kaki dia luas sikit. Memang naik flight dah niat nk tidoq, so kami sempat lena dalam 1 jam 30 minit perjalanan.



bangkok dari pandangan atas flight


sampai sudah yeayyy..





sambung next entry for   D A Y   2 ya .. 












2 comments:

  1. Salam sis kalau guna geran copy kena buat surat pengesahan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna geran copy pun xpe, xyah wat pengesahan tapi kena owner sendiri ada.. kalau kereta orang, baru kena ada form lain kena isi..

      Delete

cuti-cuti bajet Bali - Nusa Penida ~ Rumah Pohon Melonteng

Day 3 : 09/02/2020 :: Rumah Pohon Melonteng, Nusa Penida :: Pop Hotel Kuta :: Shopping Street Kuta-Legian :: Beachwalk Mall :...